assalamualaikum
kembali hidup sebagai penagih ilmu di negeri orang
biasalah, bila balik rumah sikit
mengada ngada nak rindu masakan mak, peluk cium abah
buli baby Damia sampai terhantuk bibir budak tu
yelah,kalau duduk rumah makna dia memang duduk rumah
takde masa aku nak pikir pasal orang lain
buah hati sendiri pun rasa terpinggir, aku buat tak tahu
tapi bila datang perak, macam hati tak senang
sungguh !
petang tadi, skuter tak boleh hidup
lepas pomen baiki pun still tak boleh
tapi aku masih boleh senyum walau tak cantik rupa tu
aku tahu, lepas ini ada banyak lagi benda yang aku bakal hadap
kalau setakat skuter rosak, terus menagis bagai
itu bukan anak abah namanya
petang tadi jugak dapat berita yang kurang sedap dirasa
dianiaya sekali lagi
tak apalah, Allah maha Adil
dan aku masih berpegang pada yang itu
sebenarnya sedaya mungkin aku mahu berubah
kearah yang lebih bersyukur dan makin kuat hendaknya
Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
ya Allah, aku rindu dengan hati yang tenang